Setiap kali 10 hari terakhir bulan Ramadan tiba, seluruh umat Islam di dunia akan mengambil peluang untuk membuat ibadah di Mekah.
Baru-baru ini Dato Seri Vida bersama dua anaknya, Cik B dan Kacak berpeluang untuk menyambut 10 hari terakhir Ramadan dan menyambut Hari Raya di kota suci itu.
Baca Juga:
- DSV Selamba Minta Cik B Bayarkan RM90,000 Untuk Barang Shopping Buat Ramai Terkedu
- Cik B Tampil Imej ‘Big Boss’, Dikelilingi Hampir 10 Bodyguard
- Cik B Tayang Jumlah Perbelanjaan Lebih RM1 Juta Sebulan
Menerusi perkongsian video berdurasi 4 minit di TikTok Cik B, dia bersama ibunya membuat ‘room-tour’ hotel yang mereka menginap.
@cikb_bossb Cantik tak hotel Cik B di Mekah? Alhamdulillah terima kasih Mama ❤️ #tiktokmalaysia #tiktokmekah #mekah #umrah #hotel #masjidharam #masjidilharam #masjidilharammekkah🕋🤍 #onthisday #xyzbca #fypシ゚viral #fyp #fypシ #alhamdulillah
Ternyata bilik hotel yang didiami itu nampak mewah dan paling menarik sekali, ia mempunyai view menghadap Masjidil Haram menerusi tingkap bilik mereka.
“Berapa harga satu bilik ini?” tanya Cik B.
“RM420,000 kakak,” jawab Dato Seri Vida bersahaja.
Menurut netizen, hotel tersebut dikenali sebagai InterContinental Dar al Tawhid Makkah. Lokasinya betul-betul terletak bersebelahan Masjidil Haram.
Video itu menarik pelbagai reaksi netizen. Ada yang gembira melihat satu keluarga itu dapat menunaikan ibadah dengan gembira.
Namun ada yang berpendapat berbelanja sehingga ratusan ribu itu dianggap satu pembaziran.
Bagaimanapun seorang pengguna Facebook berpendapat tidak salah berbelanja mahal untuk mencari keselesaan untuk beribadah.
“Saya dari jauh nampak DSV dan keluarga kebetulan trip kami hari yang sama.