Cik B menyatakan bahawa dia masih trauma dengan lelaki kerana ayah kandungnya. Lantas anak Datuk Seri Vida itu menegaskan dia tidak pernah merindui ayah kandungnya langsung.

Lagipun dia sudah terbiasa tanpa ayah. Dibesarkan oleh ibunya yang bergelar ibu tunggal sejak dia kecil sehinggalah dia besar.

Oleh sebab itu Cik B menegaskan bahawa dia agak kosong apabila ada yang cuba bercakap tentang topik berkaitan ayah.

Dipetik dari mStar Online, Cik B berkata: “Saya tak bersama ayah sejak saya kecil lagi. Daripada usia 2 atau 3 tahun macam tu. Jumpa dia pun macam meminta.

“Saya rasa biasa biasa sahaja, tiada perasaan rindu apa semua. Trauma dengan dia dan trauma dengan lelaki,” tegas Cik B.

Cik B juga mendedahkan bahawa ayahnya ada menghubunginya menerusi mesej peribadi di Instagram namun dia abaikan sahaja.

“Kami tak berhubung. Dia ada DM saya, namun kami tak berbual dan saya abaikannya. Waktu saya dah besar, baru dia nak cari.

“Orang akan cakap, dia tetap ayah, ya betul, dia tetap ayah,” kata Cik B yang kecewa dengan ayahnya.

Seterusnya Cik B menyatakan dia sudah memiliki ibu yang hebat. Datuk Vida telah menjadi ibu yang turut menjadi ayah, kakak dan kawan baiknya – menurut Cik B yang kini turut menjadi usahawan dan pempengaruh media sosial.