Pada hari semalam pihak polis mendedahkan suspek bunuh Cikgu Istiqomah merupakan kenalan ketika belajar dan pernah berhubung mengenai urusan pelaburan Forex.

Dalam satu kemas kini kes itu, suami mangsa berkata Cikgu Istiqomah  pernah meminjamkan wang sebanyak RM19,400 yang diperoleh daripada pinjaman bank kepada suspek lelaki pada September tahun lalu.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik Kosmo, suspek bagaimanapun ada membuat bayaran semula secara ansuran sebanyak RM371 sebulan sehingga Disember lalu.

Kemudian, suspek ada mengajak Istiqomah menambah jumlah pelaburan dalam pasaran Forex.

“Suspek tiba tiba-tiba muncul dan mengajak isteri menyertai perniagaanya. Pada September tahun lalu Istiqomah ada membuat pinjaman bank dan menyerahkan sejumlah RM19,400 kepada lelaki itu, yang merupakan kenalannya ketika di maktab perguruan.

“Bulan seterusnya sehingga Disember, suspek ada membuat bayaran balik RM371 sebulan dan mengajak Istiqomah berjumpa untuk menambah pelaburan, namun isteri menolak,” katanya.

Menurut suami arwah lagi, barang kemas yang dipakai mangsa, gelang emas pemberian arwah neneknya dianggarkan bernilai RM40,000 turut hilang selepas kejadian bunuh tersebut.

Terdahulu, pihak polis sahkan hasil siasatan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan ke atas ibu Istiqomah pada 2 Ogos lalu adalah sepadan dengan mayat mangsa.

Sumber