Menjadi kebiasaan buat ibu bapa hari ini mendapatkan perkhidmatan pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka apabila mahu berkerja.

Namun, tidak semua ibu bapa bernasib baik kerana ada segelintir individu yang sanggup menjaga sambil lewa tanpa memikirkan kebajikan anak jagaan demi wang semata-mata.

Baca Juga:

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna bernama Akma Nur Amanina di Facebook, beliau menerima panggilan dari pihak tadika yang menjelaskan tidak mampu menjaga anaknya bernama Noura kerana ‘istimewa’.

Sumber Gambar: FB Akmar Nur Amanina

Oleh itu, ibu bapanya lalu menerima keputusan itu dan berterima kasih kerana sanggup menjaga selama setahun lebih. Namun, kebenaran mula terdedah apabila beliau menerima bahan bukti dari orang luar yang mendedahkan aktiviti penderaan yang berlaku di dalam taska tersebut.

Sumber Gambar: FB Akmar Nur Amanina

Salah seorang saksi yang dimaksudkan adalah teman lelaki kepada seorang cikgu di situ yang mana telah membuat rakaman beberapa panggilan video ketika kejadian berlaku.

Dapat dilihat daripada video yang dikongsikan di mana cikgu tersebut bukan sahaja bersikap kasar, malah membiarkan Noura menangis seorang diri di tandas dan paling teruk ditepi pada bahagian kepala berkali-kali.

Tambah ibunya lagi, anaknya juga mengalami trauma sehinggakan menutup kepala ketika bertemu cikgu puaka itu. Beliau lambat menyedari perkara ini kerana anaknya kelihatan seperti biasa sahaja sepanjang berada di situ.

Ternyata, tanggapan meleset selepas pendedahan itu walhal taska itu turut menyediakan video CCTV kononnya bagi memantau perilaku harian cikgu bersama anak asuhan.

Ekoran insiden itu, ibu Noura lantas meminta ibu bapa untuk berwaspada dengan cikgu terbabit kerana tidak mahu nasib yang sama berulang lagi. Difahamkan beliau sudah membuat laporan polis berhubung hal ini bagi tindakan selanjutnya.