Seorang cikgu Bahasa Melayu yang dikenali dengan nama Cikgu Gja tegur pelajarnya yang semakin galak menggunakan bahasa Indonesia dalam peperiksaan untuk subjek Bahasa Malaysia bahagian karangan mereka.

cikgu

Menurut cikgu Gja, memang ada perkataan yang maknanya sama, memandangkan kedua dua negara itu serumpun, namun begitu dalam konteks tertentu, ianya tidak tepat dalam bahasa Malaysia yang formal.

Cikgu Gja terjumpa beberapa perkataan seperti rumah sakit yang merujuk kepada hospital. Seterusnya pelajar cenderung menggunakan bahasa teman berbanding kawan.

@cikgugja

Cikgu bebel bukan suka-suka 😢 Tolong ye ibu bapa… Pantau konten yang anak-anak tengok. Sebab sekarang karangan murid penuh perkataan macam : berencana, teman-teman, rumah sakit… 😩 Apa yang mereka tengok, itulah yang mereka tulis.

♬ original sound – Cikgu Gja – Cikgu Gja

Cikgu Gja meminta ibu bapa untuk membantu memantau anak anak mereka, kerana semakin ramai yang terpengaruh dengan konten YouTuber dari Indonesia.

Ianya antara faktor generasi hari ini semakin ramai terikut ikut menggunakan Bahasa Indonesia sehingga ada yang menggunakannya dalam peperiksaan.

gja

Harus diakui Indonesia memiliki lebih banyak konten menarik perhatian generasi baharu, kemudian akses yang mudah kepada internet kepada kanak kanak pada usia awal kepada konten dari seberang juga menjadi penyumbang.

‘Mudah sangat terpengaruh’

Namun ada juga yang menganggap generasi hari ini terlalu mudah terpengaruh.

Netizen berkata: “Kita dulu tengok sinetron berepisod episod balik sekolah. Tetapi tak ada lah guna bahasa Indonesia untuk jawab peperiksaan.

“Setakat cakap main-main dengan kawan-kawan sahaja ada. Kenapa generasi sekarang sampai gunakan bahasa Indonesia betul-betul dalam peperiksaan ya?

bahasa indonesia

Cikgu Gja hormati Bahasa Indonesia

Video tersebut juga mendapat respon daripada segelintir netizen seberang yang menganggap Cikgu Gja seolah olah cuba merendah rendahkan bahasa mereka.

Membuatkan cikgu itu tampil menjelaskan: “Video ni bukan untuk hina mana-mana bahasa atau negara. Saya hormat Bahasa Indonesia, bahasa yang indah dan kaya budaya.

“Tapi dalam karangan sekolah, murid perlu guna Bahasa Melayu yang betul, ikut silibus Malaysia. Ramai murid terpengaruh dengan konten luar, jadi ini cuma peringatan mesra untuk ibu bapa untuk bantu pantau dan bezakan penggunaan bahasa ikut situasi.

“Maaf kalau ada yang tersinggung. Niat saya cuma nak mendidik dengan kasih.”