Netizen bercampur baur reaksi melihat dua orang berbangsa Cina bergaduh di tengah jalan dan kedua duanya menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsan.

Apa yang lebih menarik, kedua duanya berbahasa Melayu dengan sangat baik walaupun bercampur bahasa pasar.

Isu Bahasa Kebangsaan ini kerapkali dibangkitkan terutama sekali melibatkan bangsa lain selain Melayu dan  Bumiputera.

Namun di satu sudut di Malaysia, ternyata Bahasa Kebangsaan masih menjadi pilihan untuk berkomunikasi walaupun dalam pergaduhan antara 2 orang pemandu Cina.

‘Rakyat Malaysia Pelik, Segan Guna Bahasa Kebangsaan Sendiri’ – KP DPB

Netizen Sindir Majlis Perbandaran Taiping Yang Dianggap Tidak Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

Netizen Persoal Lelaki Berpangkat ‘Datuk’ Tidak Pandai Bahasa Kebangsaan, Hanya Tahu Berbahasa Hokkien

Pergaduhan itu bermula kerana pemandu di hadapan tidak berpuas hati. Namun pemandu di belakang menuduh pemandu di hadapan tersebut sebagai tidak memberikan ‘signal’.

Dan mencabar dia untuk memuat naik rakaman kamera papan pemukanya di media sosial kalau betul dia tak bersalah.

Perbalahan itu berakhir, dan pemandu di hadapan masuk semula ke dalam keretanya.

Cina gaduh dalam Bahasa Kebangsaan

Di ruangan komen, netizen menulis: “Gaduh cara orang Malaysia, guna bahasa kebangsaan, saya berbangga dengan kamu.”

Mereka menganggap ianya benda langka, kerana biasanya dua orang berbangsa yang sama pasti akan memilih untuk bergaduh dalam bahasa ibunda mereka.

Netizen kedua menulis: “Cina sama cina bergaduh cakap Melayu ka? Haha.”

Yang seterusnya juga geli hati melihat dua orang Cina bergaduh dalam Bahasa Melayu.

Ada juga yang menyatakan bahawa di Malaysia orang boleh bergaduh dalam banyak bahasa kerana kepelbagaian bangsa di sini.

bahasa kebangsaan

Lord Du menulis: “Macamanalah kamu boleh tak suka dengan kepelbagaian budaya di Malaysia.”

Aiman pula berseloroh dengan menulis: “Berbangga dalam lingua franca.”

Apapun, kami di The Vocket tidak menyokong sebarang tindakan bergaduh di jalanan. Jika ada masalah di jalan raya selesaikannya dengan sebaiknya atau panggil pihak berkuasa.