Laman Facebook Majlis Perbandaran Taiping dikritik sebagai tidak memartabatkan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dalam  siaran media mereka.

Majlis Perbandaran Taiping mengumumkan bahawa mereka mengadakan Pertandingan Kaligrafi China Piala Nga Kor Ming Ke-14.

Baca Juga:

Pertandingan itu akan diadakan pada 28 Januari 2024 yang akan datang bertempat di Sentral Hall, Tingkat 3, Taiping Sentral Mall.

Kepada mereka yang berminat, boleh menghantara permohonan sebelum 25 Januari 2024 pada 10 malam.

Namun ramai kecewa kerana siaran media tersebut meletakkan Bahasa Cina di atas Bahasa Melayu dalam hebahannya.

Netizen bertanya sama ada ianya Majlis Perbandaran Taiping atau Majlis Perbandaran Taipei. Kerana ternyata mereka meletakkan bahasa Cina di atas Bahasa Melayu dalam siaran rasmi organisasi itu.

Ada netizen yang menasihati Majlis Perbandaran Taiping sebagai agensi kerajaan tempatan, untuk siaran yang pelbagai bahasa, seharusnya Bahasa Melayu di atas dan diikuti bahasa lain jika ada.

Hal ini kerana Bahasa Melayu sudah diwartakan sebagai bahasa kebangsaan untuk Malaysia.

Netizen meminta Majlis Perbandaran Taiping lebih peka tentang kedudukan bahasa kebangsaan di Malaysia. Mereka berharap perkara ini akan diperbaiki di masa akan datang.

Selain itu ramai juga meminta Majlis Perbandaran Taiping turut mengadakan pertandingan seni khat jawi dan juga pertandingan kaligrafi Tamil selepas mereka menganjurkan pertandingan kaligrafi Cina tersebut.

Hal ini kerana Taiping turut diduduki oleh rakyat pelbagai latar bangsa dan agama.

Sebelum ini rakyat Malaysia termasuk daripada bangsa Cina di negara kita mengkritik salah seorang peniaga berbangsa Cina yang tidak tahu menggunakan bahasa Melayu.

Ianya jelas menunjukkan masih ramai yang menyedari kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

‘Rakyat Malaysia Tak Tahu Bahasa Melayu, Kamu Yang Masalah’, Tauke Kedai Makan Kena Sekolah Dengan Netizen Cina

Kerana menurut mereka, sebagai rakyat Malaysia seharusnya tahu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, walaupun sekadar asas sahaja.

Artis Ini Bertanya Adakah Dirinya ‘Kurang Malaysia’ Jika Tidak Mampu Bertutur Bahasa Kebangsaan