Pelakon drama bersiri Salju Rindu, Riena Diana akui mempunyai hubungan istimewa dengan Keith Foo yang baru saja terjalin sejak mereka terbabit penggambaran drama tersebut.

Menerusi temu bualnya bersama Harian Metro, dia memohon orang ramai untuk mendoakan agar hubungan cinta yang baru berputik kekal selamanya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

“Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain.

“Saya tahu mengenai statusnya  (duda anak satu) dan ia bukan satu masalah untuk saya memandangkan kami sedang menguruskan perkara ini.

“Saya pun sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya. Cuma kami baru saja berkenalan dan tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang.

“Saya enggan terlalu memikirkan soal perhubungan ini, sebaliknya saya serahkan kepada takdir. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara Keith Foo pula berkata Riena memiliki ciri-ciri wanita idaman yang diimpikannya dan mereka mempunyai banyak persamaan.

“Hubungan kami berputik tanpa sengaja. Kami pun tak jangka perkenalan kami akan sejauh ini.

“Cuma saya nampak keserasian kami semakin kuat sehingga kedua-duanya pun rasa macam tak percaya apa yang kami lalui ini.

“Apa yang boleh saya katakan Riena memiliki ciri-ciri wanita yang saya inginkan. Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula.

“Sesuatu yang saya sendiri tak sangka akan berlaku dalam hidup saya lagi, tapi ia berlaku sekarang. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.

Sumber