Penyerang kelahiran Belanda, Ferdy Druijf dilaporkan semakin hampir untuk menjadi pemain warisan sekaligus beraksi bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Wartawa Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal berkongsi maklumat yang mana dokumentasi Ferdy sudah selesai dan beliau bakal beraksi bersama pasukan negara tidak lama lagi.

Baca Juga:

Ferdy Druijf Bergelar Ejen Bebas

Baru-baru ini, pemain berusia 27 tahun itu bergelar ejen bebas selepas kontrak bersama kelab Austria, Rapid Wien tidak disambung meskipun berbaki enam bulan untuk tamat.

Keputusan ini diambil selepas kecederaan yang membelenggu Ferdy menyukarkan beliau untuk beraksi secara konsisten dalam semua kejohanan.

Ada segelintir pihak yang mempersoalkan kemampuan Ferdy untuk menampilkan prestasi terbaik bersama Harimau Malaya selepas beliau tidak banyak beraksi selain mengalami kecederaan yang memerlukan pemain itu untuk berehat panjang.

Ferdy Druijf
Bild zeigt: Ferdy Druijf, SK Rapid Wien – Austria Klagenfurt, 06.03.22, Allianz Stadion, Wien, Austria © Red Ring Shots

Ketika beraksi bersama Rapid pada musim 2023/2024, graduan akademi Ajax Amsterdam ini pernah menjaringkan gol dalam satu perlawanan UEFA Conference League yang mana beliau meledak hanya selepas 32 saat perlawanan dilangsungkan.

Ketika itu, Rapid berjaya menewaskan wakil Eredivisie Belanda iaitu Vitesse dengan keputusan 2-1.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan, Rob Friend mengesahkan selain pemain warisan dari Belanda, tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.

Ferdy Druijf
Kredit Foto: FAM

“Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac, dan dengan mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya.

“Walau bagaimanapun, kami tetap sama-sama komited untuk mencapai hasil dalam pembangunan pemain domestik di semua peringkat bola sepak di Malaysia.

“Walaupun naturalisasi adalah antara komponen penting dalam strategi kami, kami memahami kepentingan memupuk bakat tempatan untuk memastikan kejayaan yang mampan untuk pasukan kebangsaan.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan skuad seimbang dan berdaya saing yang mewakili kebanggaan dan semangat bola sepak Malaysia,” kata Friend.