Staf kejurulatihan skuad Harimau Malaya terus memantau perkembangan pemain bagi membuat penilaian siapa yang akan dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan untuk menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac ini.

Baru-baru ini, penolong jurulatih negara, Mark Milligan dilihat berada di Stadium Bandaraya Pulau Pinang meninjau latihan rasmi pasukan Penang FC.

Baca Juga:

Harimau Malaya
Mark Milligan

Coaching Staf Harimau Malaya Nilai Pemain

Selasa lalu, kelibat ketua jurulatih iaitu Peter Cklamovski dikesan berada di sesi latihan skuad KL City pada jam 11 malam dimana menurut laporan, terdapat pemain The City Boys yang dalam pertimbangan beliau.

Harimau Malaya
Sumber Gambar: FMT

Kaedah ini berbeza dengan jurulatih lain yang pernah mengendalikan skuad kebangsaan dimana lazimnya mereka hanya memantau pemain pada perlawanan sebenar dan bukan ketika sesi latihan.

Pasukan negara akan membuka tirai saingan kelayakan edisi kali ini dengan menentang Nepal pada 25 Mac dimana perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

Proses untuk mendapatkan pasport bagi pemain warisan dari Belanda kini sudah berada di peringkat akhir dan berpeluang untuk segera beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan, Rob Friend dimana selain pemain warisan dari Belanda, tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.

“Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac, dan dengan mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya.

“Walau bagaimanapun, kami tetap sama-sama komited untuk mencapai hasil dalam pembangunan pemain domestik di semua peringkat bola sepak di Malaysia.

“Walaupun naturalisasi adalah antara komponen penting dalam strategi kami, kami memahami kepentingan memupuk bakat tempatan untuk memastikan kejayaan yang mampan untuk pasukan kebangsaan.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan skuad seimbang dan berdaya saing yang mewakili kebanggaan dan semangat bola sepak Malaysia,” kata Friend.