Pada minggu lalu Ustaz Ebit Lew telah berlepas terbang ke Tokyo dan kini beliau sedang aktif mengemaskini TikTok dengan video-video berada di Jepun.

Menerusi satu video terbaharunya, beliau telah melakukan penggambaran bersama YouTuber Jepun yang terkenal melalui konten masakan, Bayashi TV.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video itu mereka berdua memasak Nasi Goreng Kampung bersama-sama. Kemudian mereka merasai sendiri hasil masakan tersebut sambil berkata “Sangat Sedap”.

@ustazebitlew

Bayashi masak nasi goreng kampung #ebitlew #fyp #ebitlew #fyp #cooking

♬ original sound – Ebit Lew – Ebit Lew

Rata-rata peminat Bayashi terkejut apabila melihat Ustaz Ebit Lew ada di dalam video berkenaan.

Mereka merasakan agak janggal apabila melihat ada orang Malaysia boleh berkolaborasi dengan YouTuber tersebut.

Pada dua minggu lalu Bayashi TV telah ada berkongsi video beliau memasak bersama dengan seorang lagi YouTuber terkenal dari US, MrBeast.

Sumber Gambar: TikTok @ustazebitlew
Sumber Gambar: TikTok @ustazebitlew
Sumber Gambar: TikTok @ustazebitlew

Pada akhir video berkenaan, Ustaz Ebit Lew dan Bayashi membungkus sebahagian nasi goreng yang mereka masak dan pergi berjumpa dengan seorang gelandangan di sebuah taman.

Mereka memberikan bungkusan makanan itu dan air. Kelihatan juga Bayashi turut memberikan sejumlah wang dipercayai hasil pemberian Ustaz Ebit Lew kepada gelandangan itu.

Kisah Ustaz Ebit Lew pergi ke luar negara dan buat kerja amal di luar negara bukanlah satu perkara yang asing.

Pada tahun lalu berita keprihatinan beliau tular di Korea. Anda boleh baca lebih lanjut di sini.