Badan induk yang mengelola bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL mencadangkan kepada FIFA untuk temasya Piala Dunia 2030 disertai sebanyak 64 pasukan.

Presiden badan itu, Alejandro Dominguez berkata langkah yang dicadangkan membolehkan temasya terbesar dalam dunia bola sepak itu mendapat sambutan yang lebih luas.

Baca Juga:

Faktor Utama Disebalik Cadangan CONMEBOL

Dominguez berkata, memperluaskan kejohanan kepada 64 pasukan akan membolehkan lebih banyak perlawanan diadakan di Amerika Selatan.

CONMEBOL
FIFA Headquarter

“Untuk sekali sahaja, menganjurkan kejohanan 100 tahun ini dengan 64 pasukan agar semua negara berpeluang untuk mengalami Piala Dunia dan supaya tiada pasukan terlepas daripada sambutan ini,” kata presiden CONMEBOL itu.

Temasya 2030 mencatat sejarah dimana tiga negara iaitu Sepanyol, Portugal dan Maghribi dipilih sebagai tuan rumah.

5iga perlawanan pembukaan kejohanan akan diadakan di Argentina, Paraguay dan Uruguay – tuan rumah Piala Dunia pertama pada tahun 1930.

CONMEBOL
Kredit Foto: REUTERS/Carl Recine/File Photo

FIFA sudah memperluaskan saiz Piala Dunia 2026 kepada 48 pasukan, meningkat daripada 32 pasukan di Piala Dunia Qatar pada 2022.

Piala Dunia dengan 64 pasukan akan menyaksikan kejohanan meningkat kepada 128 perlawanan – sekali ganda jumlah perlawanan yang diadakan pada 2022.

Idea 64 pasukan pada Piala Dunia kali pertama dibangkitkan pada mesyuarat Majlis FIFA bulan lalu oleh presiden Persekutuan Bolasepak Uruguay, Ignacio Alonso.

Bagaimanapun cadangan itu dibantah Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah, Aleksander Ceferin, yang menganggapnya sebagai satu “idea teruk.”