Converse nampaknya akan melancarkan koleksi terbaru mereka dengan corak floral pada kali ini yang dinamakan sebagai ‘Bloom In Season’. Koleksi ini dihasilkan dengan pelbagai pilihan warna melalui rekaan yang dinamakan sebagai Rina dan Sasha.

Reka bentuk Sasha yang agak serupa dengan Chuck 70 akan tersedia dengan silhouette kanvas yang disertakan dengan corak bunga memenuhi ruangan kasut.

Manakala reka bentuk Rina pula memaparkan keseluruhan sistem lacing yang terdapat dalam tiga jalur warna. Pilihan reka bentuk Rina termasuklah rekaan bunga yang melingkari keseluruhan kasut, versi suede hitam dan alternatif kulit krim. Setiap pasangan kasut tersebut dilengkapi dengan bahan logam perak di sebelahnya.

Setakat ini, masih tiada lagi tarikh yang rasmi untuk keluaran koleksi ‘Bloom In Season’ Converse ini namun anda bolehlah sentiasa mengikut perkembangan lanjut mengenai koleksi tersebut. Buat para gadis, mungkin ini model yang berbaloi untuk menabung untuk mendapatkannya.

https___hypebeast.com_wp-content_blogs.dir_6_files_2019_03_converse-bloom-in-season-spring-summer-2019-release-1 https___hypebeast.com_wp-content_blogs.dir_6_files_2019_03_converse-bloom-in-season-spring-summer-2019-release-3 https___hypebeast.com_wp-content_blogs.dir_6_files_2019_03_converse-bloom-in-season-spring-summer-2019-release-2

https___hypebeast.com_wp-content_blogs.dir_6_files_2019_03_converse-bloom-in-season-spring-summer-2019-release-5 https___hypebeast.com_wp-content_blogs.dir_6_files_2019_03_converse-bloom-in-season-spring-summer-2019-release-4 https___hypebeast.com_wp-content_blogs.dir_6_files_2019_03_converse-bloom-in-season-spring-summer-2019-release-6