Ini berita baik buat anda penggemar kasut retro Converse, kini Converse tampil dengan model Chuck Taylor 70 High yang merupakan pembaharuan dari model sebelum ini.

Menariknya koleksi Chuck Taylor 70 High ini tampil dengan dua variasi warna iaitu hitam dan putih. Jika dilihat model ini menampilkan konsep retro dan logo Converse yang diperbuat dari kulit dijahit pada bahagian tepi kasut.

Koleksi Chuck Taylor 70 High ini berharga $90 (~RM370) dan boleh dibeli secara atas talian dan butik Converse terpilih.

2 3 4 5 6