Buat peminat anime dan cosplay, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Cos-Mic 2023 di Sunway Pyramid Convention Center hujung minggu ini kerana pelbagai acara menarik menanti anda!

Konvensyen pop culture hebat ini menjanjikan pengalaman hebat untuk para pengunjung dengan pelbagai booth khas untuk peminat TACG (Toys, Anime, Cosplay, Games).

Baca Juga:

Paling dinantikan pastinya sesi Meet & Greet dengan cosplayer ternama dari dalam dan luar negara antaranya Miisa MHC, Jane Jie, Pudds dan ramai lagi di Cos-Mic 2023.

Cos-Mic 2023 juga menampilkan artis dari Jepun, BURNOUT SYNDROMES yang terkenal menerusi siri Haikyu tiga musim berturut, Dr. STONE dan juga Gintama.

Pengunjung juga boleh bertemu dengan Mariya Ise, pemilik suara di sebalik watak anime seperti Hunter x Monster dan Chainsaw Man serta penampilan Shogo Sakata, merupakan penyumbang suara kepada anime seperti Attack on Titan, Ahiru no Sora dan Chainsaw Man.

Tidak lupa terdapat lebih 80 booth jualan untuk anda beli hasil seni dan official merchandise anime kegemaran anda.

Tiket boleh dibeli menerusi aplikasi Cos-Mic di App Store dan Google Play dan untuk maklumat lanjut, boleh ke akaun rasmi Cos-Mic 2023 di Facebook atau Instagram.