Buat anda yang sedang mencari destinasi percutian dalam negara namun masih mampu memberi pengalaman seolah berada di negara luar, Country Garden yang terletak di Danga Bay, Johor ini mungkin boleh menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Jika anda memilih untuk bermalam di Country Garden ini, anda akan dapat tempat penginapan yang bukan sahaja cantik, tapi anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah seperti berada di negara Eropah.

Country Garden Danga Bay adalah projek bersepadu mega yang terdiri daripada unit kediaman tepi laut, pantai buatan manusia, marina dan kedai-kedai komersil dengan banyak penekanan pada lanskap yang sangat menarik.

Malah lokasinya yang berhadapan dengan Pantai Danga Bay yang merupakan terbaik di Johor menjadikan ia tarikan kepada orang ramai. Pantai Danga Bay mempunyai hampir 25 km garis pantai yang tersebar di tepi pantai, menjadikannya pantai utama di Johor.


Buat anda yang sedang mencari tempat yang mewah serta selesa untuk seisi keluarga, Country Garden Johor mungkin antara tempat yang boleh masukkan dalam list anda. Bukan sahaja berada di dalam Malaysia malah ianya turut menjanjikan tempat percutian yang tenang dan cantik beserta dengan kemudahan yang lengkap.