Tular di media sosial tentang beberapa pekerja pembersihan yang membuat kerja sambil lewa dengan membuang sampah di tepi pantai baru-baru ini. Ramai yang kecewa dengan tindakan yang mencemarkan alam sekitar itu.
Susulan insiden itu, TMJ, Tunku Mahkota Johor telah memuat naik satu ciapan yang menyatakan kes tersebut telah selesai. Selain itu, baginda turut berkongsikan gambar screenshot perbualan bersama Dato Haji Norazam selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Baharu.
Baca Juga:
- ‘Ini Kita Panggil Tong Kosong’ – TMJ ‘Sound’ Konvoi Kereta Mewah Potong Barisan Secara Berbahaya
- Selepas ‘Diseru’ TMJ, Datuk Seri Rina Harun Tampil Bersuara Isu Bella
- 136 Cubaan ‘Hack’ Sepanjang Dua Hari, TMJ Buktikan IG Baginda Kebal Daripada Godaman
Selesai. https://t.co/DClyjl5Hdk pic.twitter.com/6oW6S73XIq
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 14, 2023
Berdasarkan screenshot tersebut, baginda sudah dimaklumkan bahawa kontraktor berkaitan telah diambil tindakan sewajarnya dan akan disenarai hitam. Di samping itu, kontraktor diarah membersihkan semula di kawasan terbabit.
Malah, pekerja yang melakukan tindakan onar itu pun sudah ditamatkan kontrak oleh syarikat.
Dalam pada itu, orang ramai memuji Tunku Mahkota Johor kerana mendengar keluhan rakyat serta berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan pantas.
“Mantap dan pantas. Sepantas Arif Aiman mendominasi rising star award!”, kata seorang komentar secara berseloroh.
“Mantap ah tuanku. Belanje gambar je. Takde nak cakap ape. Terus settle”, ujar seorang pengguna di hantaran ciapan itu.
“Baru betul. Senang mudah cepat”, satu mesej ringkas lain yang dikongsikan oleh pengguna.
Diharapkan kes ini tidak berulang lagi dan syarikat berkaitan perlulah melakukan spot check secara berkala bagi memastikan mutu perkhidmatan sentiasa berkualiti.