Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsi keadaan semasa padang Stadium Nasional Bukit Jalil selepas digunakan untuk konsert Coldplay baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram Story milik baginda, terdapat beberapa bahagian padang yang dilihat kering dan berbeza ketika kali terakhir digunakan oleh skuad Harimau Malaya namun TMJ tidak memberi penjelasan mengenai situasi terkini padang yang ditanam rumput Zeon Zoysia itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

TMJ Coldplay
Sumber Gambar: TMJ

Padang SNBJ baru sahaja melalui transformasi besar-besaran dimana rumput Zeon Zoysia digunakan bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass dianggarkan mencecah kos sehingga RM1.4 juta.

Sebelum ini, keadaan padang Stadium Nasional menjadi sorotan apabila ada bahagian yang tercabut ketika perlawanan pasukan negara menentang India dan Tajikistan dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2023 yang berlangsung bulan lalu.

Namun, keadaan padang kembali ke tahap terbaik pada aksi pertama kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang menyaksikan Malaysia mempamerkan kebangkitan sekaligus berjaya menumbangkan Krygyzstan 4-3.

Konsert Coldplay yang julung kali diadakan di negara ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminatnya merekodkan jumlah kehadiran mencecah 75,000 peminat.