Sekali lagi, Thibaut Courtois salahkan Ancellotti walaupun pengurus itu sudah tiada lagi di Real Madrid. Ini bukan pertama kali Courtois salahkan Ancelotti di dalam kariernya.
Menurutnya, permainan hambar yang mereka pamerkan ketika aksi pembukaan Piala Dunia Kelab 2025 menentang Al Hilal bukan taktikal Xabi Alonso tetapi taktikal itu milik Carlo Ancelotti.

Pada separuh masa pertama Al Hilal pada satu ketika menguasai lebih 60% permainan dan memberikan ancaman berterusan kepada Real Madrid.
Real Madrid mendahului menerusi penyerang muda, Gonzalo Garcia yang berpunca daripada serangan balas.
Namun Ruben Neves mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti.
Courtois salahkan Ancelotti
Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1. Courtois tiba tiba menyalahkan Ancelotti selepas tamat perlawanan.
“Kami masih bermain bola sepak gaya Ancelotti. Ianya tidak boleh diubah hanya dalam masa 4 hari.
“Kami seharusnya menjadi pasukan yang menguasai perlawanan bukannya pasukan yang banyak mengejar bola.
“Tetapi pada separuh masa kedua, kami bermain dengan lebih baik.”
🚨🗣️ Thibaut Courtois: "We're still playing Ancelotti-type football. That can't change in only 4 days."
— Madrid Zone (@theMadridZone) June 18, 2025
Peminat Real Madrid akui mereka terkejut dengan Courtois namun ada yang menyatakan sebaliknya. Kerana menurut mereka, Courtois sudah beberapa kali membidas dan menyindir Ancelotti secara terbuka.
“Courtois sebenarnya bencikan Ancelotti,” tulis Dr Yash.
Courtois actually hates Ancelotti lol pic.twitter.com/SuHOM610yD
— Dr Yash  (@YashRMFC) June 18, 2025
Peminat yang lain juga setuju, bahawa Courtois sentiasa menunggu masa untuk membidik Ancelotti setiap kali mencari siapa yang harus dipersalahkan.
Courtois when it comes to slander Ancelottipic.twitter.com/oLPnX4Pu6i https://t.co/apC0wacVp2
— #99 (@Revchho) June 18, 2025
Peminat juga mempersoalkan, bukankah tindakan Courtois ini biadap? Kerana Ancelotti telah membantu kelab itu memenangi banyak trofi terutama sekali UCL.
Namun ada juga peminat Real Madrid akui mereka faham kenapa Courtois suka mengecam taktikal Ancelotti. Kerana menurut mereka, taktikal Ancelotti telah banyak menyusahkan dan mengerah Courtois berkawal di gawang gol.
Misalnya ketika aksi final UCL menentang Liverpool pada 2022, taktikal Ancelotti dianggap teruk namun aksi luar biasa Courtois menjadi sebab utama mereka juara.
Because he had to carry Madrid on his shoulders for 3 seasons with an absolutely cracked defense in front of him.
— Maltar (@Oh_maltar) June 19, 2025
Yang lain setuju dengan menyatakan, sama juga dengan final menentang Dortmund, di mana Real Madrid boleh sahaja kalah final itu jika tidak kerana Courtois.
I guess people don't even realize that, he made many great stops because adeyemi keeps getting past our defensive line
— ZAYN (@RMA_zayn) June 18, 2025
Namun tetap juga ada peminat menganggap tindakan Courtois itu tidak profesional untuk mengkritik taktikal pengurus yang banyak berjasa dan sudah tidak ada lagi di kelab itu.