Pemain sayap skuad kebangsaan Thailand, Ekanit Panya mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama dari rantau Asia Tenggara yang beraksi dalam temasya Piala Dunia Kelab 2023 di Arab Saudi.

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman X dimana Ekanit berada dalam skuad Urawa Red Diamonds yang menjadi wakil rantau Asia dalam temasya tersebut.

Baca Juga:

Piala Dunia Kelab 2023 akan berlangsung pada 12 sampai 22 Desember ini yang mana kejohanan ini mengumpulkan kelab yang muncul juara dari setiap benua pada musim lalu.

Antara pasukan yang beraksi dalam saingan kali ini ialah Manchester City selaku juara UEFA Champions League (UCL), Fluminense sebagai juara Copa Libertadores (Amerika Selatan), Urawa Red Diamonds (juara ACL), , Al Ahly (juara Afrika), Leon (juara CONCACAF), Aucklan City (juara Oceania) dan Al Ittihad selaku perwakilan tuan rumah Arab Saudi.

Setakat ini, Ekanit Panya sudah beraksi sebanyak lima kali bersama Urawa dalam semua pertandingan namun masih belum berjaya untuk menyumbang sebarang jaringan.

Pada pusingan pertama, Al-Ittihad akan turun berdepan Auckland City dan pemenang perlawanan ini akan turun menentang Al Ahly pada pusingan kedua. Urawa akan memulakan saingan di pusingan kedua dimana mereka akan turun menentang Leon.

Pasukan pilihan untuk muncul juara iaitu Manchester City akan memulakan saingan di peringkat separuh akhir bersama satu lagi pasukan iaitu Fluminense.

Musim lalu, Real Madrid muncul juara dimana mereka menewaskan Al-Hilal dengan keputusan 5-3 dalam perlawanan akhir.