Kementerian Kesihatan melaporkan kematian pertama akibat COVID-19 bagi tahun ini telah direkodkan di Malaysia. Kematian tersebut berlaku pada Minggu Epidemiologi ke-24 (8-15 Jun).

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Khamis (19 Jun) yang dipetik semula dari The Star, individu yang meninggal dunia itu mempunyai komorbiditi serius, iaitu penyakit jantung dan diabetes. Selain itu, mendiang juga belum mengambil suntikan vaksin penggalak kedua.

Kematian tunggal ini menunjukkan penurunan mendadak berbanding 57 kematian yang dicatatkan pada tahun lalu. “Kematian terakhir berkaitan COVID-19 direkodkan pada 26 Mei 2024. Ini membuktikan langkah kawalan berkesan yang telah diambil oleh kementerian,” jelas kenyataan itu.

6 kes sudah dalam pengawasan

Covid
Sumber Gambar: business human rights

Kementerian turut memaklumkan bahawa enam kes telah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melibatkan pesakit dengan komorbiditi. “Semua kes diberikan rawatan rapi dan telah dibenarkan keluar dari wad ICU. Empat daripadanya dibenarkan pulang ke rumah manakala dua lagi dipindahkan ke wad biasa,” tambahnya.

Setakat ini, sejumlah 21,738 kes telah direkodkan.

Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan kes pada Minggu ke-24 dengan 3,379 kes berbanding 2,011 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 68%, namun keadaan masih terkawal.

Pada hari ini, Jumaat, 20 Jun 2025, situasi COVID-19 di seluruh dunia menunjukkan bahawa virus ini masih beredar, namun sebahagian besar negara telah beralih ke fasa endemik, mengintegrasikan pemantauan COVID-19 ke dalam sistem pengawasan penyakit pernafasan sedia ada.

Beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara, termasuk Hong Kong, Singapura, China, Filipina, dan Thailand, telah melaporkan gelombang baharu peningkatan kes COVID-19 sejak awal Mei 2025.

Kebanyakan kes serius dan kematian membabitkan golongan warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik sekaligus menjadi indikator bahawa badan mereka mungkin mempunyai imuniti yang lemah.