Cristiano Ronaldo bangkit daripada menjadi manggsa buli kepada salah seorang pemain serba serbi kuat di lapangan bola sepak, tak kisah dari segi fizikal, mental dan pencapaiannya.

Kisah kejayaan Cristiano Ronaldo menjadi salah seorang  pemain terbaik dalam sejarah dunia adalah sangat unik.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Sebenarnya dia tidak terlepas daripada budaya buli dalam bola sepak. Namun Cristiano Ronaldo bangkit menentang semua cabaran itu untuk berjaya.

Kisah Ronaldo dibuli

Ramai pemain bola sepak yang pernah dibuli. Namun salah satu nama yang sangat hebat adalah Cristiano Ronaldo.

Ronaldo menjadi mangsa buli ketika dia mula tiba di Old Trafford. Ini kerana ramai pemain senior yang memperlekehkan penampilannya ketika itu.

ronaldo bangkit

Selain itu sikap Ronaldo yang terlalu bersungguh sungguh mahu meyakinkan jurulatih di pusat latihan juga dianggap perkara yang kelakar oleh segelintir pemain lain.

Perkara itu didedahkan sendiri bekas rakan sepasukannya, Mads Timm dalam buku autobiografinya. Timms juga kagum Cristiano Ronaldo bangkit dan menjadi pemain yang luar biasa.

Dia menulis: “Cristiano Ronaldo adalah pemain bola sepak yang luar biasa dan insan yang luar biasa.

“Dia sama seperti saya, dia pernah dibuli ketika dia tiba di kelab itu. Semuanya kerana dia berpenampilan pelik. Dengan rambuntnya, ada klip, dengan aksinya yang seppara akrobatik untuk menawan hati jurulatih.

“Dia boleh bertahan dan melakukan 10 ke 15 step over sebelum dia cuba melepasi lawannya.

“‘Hantar bola sekarang, hantar sekarang sial,’ jerit Gary Neville dan Ole Gunnar Solskjaer secara berterusan kepadanya ketika perlawanan latihan antara pasukan simpanan dengan pasukan utama.

“Satu perkara yang menarik tentang Cristiano Ronaldo, dia pantas menentang hierarki itu, dan dia memenanginya.

“Dia memang pemain yang berbeza daripada rakan rakan sepasukannya. Dia tidak bagi peluang kepada orang lain mempengaruhinya. Dia sentiasa ‘ini saya, Cristiano Ronaldo, CR7.”

Kisah Ronaldo dibuli rakan senior juga pernah dikongsikan oleh Louis Saha. Di mana dia telah menangis kerana dibuli Ruud Van Nistelrooy.

Cristiano Ronaldo
Kredit Foto: Al Nassr Saudi Club

Saha kagum dengan cara Cristiano Ronaldo bangkit dan sentiasa mempertahankan dirinya dengan kental.

Nistelrooy antara pemain yang sangat tidak suka dengan Ronaldo yang menurutnya tamak dan cuba mengambil peranannya sebagai penjaring gol

“Ruud ada ego tersebut, dia mahukan oorang hantar bola kepadanya. Dan kadangkala untuk pembangunan pemain Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney, sukar untuk pengurus mengendalikan mereka,” kata Saha.

“Adakah Ruud pernah membuatkan Ronaldo menangis? Ya! Ada cerita di sebaliknya yang membawa kepada pertikaman lidah antara mereka. Ketika itu Cristiano Ronaldo barru kehilangan ayahnya yang meninggal dunia.

“Jadi, jelas itu bukan masa yang tepat untuk perkara seperti itu. Ia berlaku melibatkan 2 pemain yang sangat bersemangat tinggi. Dan saya yakin Ruud menyesali pebuatannya selepas itu, di atas semua kata kata kesatnya.”

Rio Ferdinand juga  menceritakan perkara yang sama di mana Ruud Van Nistelrooy memang tidak suka dengan cara permainan Ronaldo yang suka menyimpan bola dan cuba menjaringkan gol daripada posisi sayap.

Namun Cristiano Ronaldo sentiasa percayakan dirinya sendiri dan tahu dia sedang melakukan perkara yang betul, lalu meneruskannya.

Ego Ruud Van Nistelrooy pada masa itu membuatkan Sir Alex Ferguson akhirnya memutuskan untuk menjual pemain itu. Dan membangunkan Cristiano Ronaldo menjadi bakal superstar baharunya.

Cristiano Ronaldo bangkit dan mencipta sejarah

Dan pilihan itu ternyata membuahkan hasil. Kerana Ronaldo berkembang pesat menjadi salah seorang pemain terbaik Man United. Malah sempat memenangi Ballon d’Or ketika di Man United.

cristiano ronaldo bangkit

Dia kemudian melanjutkan karierntya ke Real Madrid dan kini, dalam kariernya yang panjang, dia sudah memenangi pelbagai piala termasuk Euro bersama negaranya. Ronaldo juga memiliki 5 Ballon d’Or dalam koleksinya.

Saha menambah: “Ronaldo seperti binatang buas. Saya tak tahulah kalau boleh saya cakap dia bukan manusia. Kamu boleh tengok dia, pada usia 18 atau 19 tahun, kamu dah tahu dia ni bukan manusia biasa.

“Pemain ini ada segala keupayaan dan bekerja lebih keras daripada orang lain, bukan semata mata bakat. Pemain berkelas dunia di lapangan tenis tak akan memukul bola tenis itu sama seperti pemain lain. Dan dalam bola sepak Cristiano juga begitu.”

Itulah kisah Cristiano Ronaldo bangkit dengan luar biasa daripada keadaan yang tidak disenanginya pada awalnya. Mentaliti dan sokongan rakan sepasukan lain dan juga figura seperti Sir Alex Ferguson juga banyak membantunya.