Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo menegaskan beliau mampu untuk beraksi 10 tahun lagi meskipun sudah mencecah usia 40 Tahun.

Baru-baru ini, Ronaldo menjalani ujian fizikal bersama Whoop dan beliau terkejut setelah mengetahui usia fisiologi selepas ujian dijalankan.

Baca Juga:

Usia Fisiologi Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo
Kredit Foto: AlNassr Saudi Club

Usia fisiologi kapten Portugal itu ialah 28.9 tahun dan beliau menganggap badannya mampu bertahan untuk 10 tahun lagi dalam dunia bola sepak profesional.

“Saya tidak percaya ia sangat bagus. Ini bermakna saya akan bermain selama sepuluh tahun lagi.

“Apabila anda masih muda, anda fikir anda akan hidup selama-lamanya, bahawa anda akan sentiasa kuat, bahawa anda tidak boleh dipecahkan.

Cristiano Ronaldo
FILE PHOTO: Soccer Football – Asian Champions League – Group B – Al Nassr v Al Rayyan – Al-Awwal Park, Riyadh, Saudi Arabia – September 30, 2024 Al Nassr’s Cristiano Ronaldo celebrates scoring their second goal REUTERS/Hamad I Mohammed/File Photo

“Pada usia 25 tahun ia tidak sama seperti ketika anda berusia tiga puluh tahun, terutamanya dalam bola sepak.

“Saya masih berasa sihat, saya mengutamakan pemulihan dan tidur lebih daripada sebelumnya,” katanya.

Cadangan lanjutan kontrak Cristiano Ronaldo dengan Al-Nassr masih belum menemui jalan penyelesaian selepas kelab belum memberikan kata putus mengenai tawaran dari pemain itu.

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo

mendedahkan bahawa Ronaldo dan Al-Nassr telah mencapai pakatan lisan untuk melanjutkan kontraknya sehingga 2026 — perjanjian yang akan menyaksikan pemenang Ballon d’Or lima kali itu memperoleh €200 juta (£169 juta) musim depan, sejajar dengan matlamatnya untuk beraksi di Piala Dunia akan datang.

Bagaimanapun, selepas Al-Nassr tersingkir dalam Liga Juara-Juara Asia di tangan Kawasaki Frontale, keputusan itu mencetuskan ketidakpastian baharu mengenai masa depan Ronaldo.