Satu rakaman video dashcam dikongsikan oleh TikTok @megifrizzy telah mendapat perhatian ramai apabila seorang pengguna jalan raya mengekori sebuah kereta peronda Honda Polis mengejar Perodua Kancil.
Pada awal video berdurasi 3 minit 27 saat itu, selepas pemilik dashcam melalui satu sekatan jalan raya, nampak kelibat sebuah Perodua Kancil dari lorong bertentangan membuat pusingan-U dipercayai untuk mengelak melalui sekatan jalan raya di hadapannya.
Baca Juga:
- ‘Jarang-Jarang Dapat Pujian Daripada Pegawai JPJ’ – Lelaki Ini Sanggup Cari ‘Roadblock’ Untuk Cuba MyJPJ
- Cemas Nampak ‘Roadblock’, Geng Motor Sanggup Angkat Motosikal Seberang Pembahagi Lebuh Raya
- Gara-Gara Panik Nampak Bomba Berkumpul, Gadis Ini Spontan Hentikan Skuternya Ingatkan Ada ‘Roadblock’
@
Selang beberapa saat kemudian, datang sebuah kereta peronda polis datang dari belakang mengejar Perodua Kancil terbabit. Kedua-dua saling memotong antara satu sama lain; Honda polis mahu memberhentikan Perodua Kancil, manakala Perodua Kancil pula cuba melarikan daripada Honda polis.
Aksi kejar-mengejar itu berlangsung dipercayai lebih tiga minit sehingga pemilik dashcam ‘tercicir’ belakang selepas kedua-dua kenderaan jauh meninggalkannya selepas membelok kiri simpang.
Menjengah ruangan komen, ramai yang terhibur melihat video tersebut. Oleh sebab durasi video itu panjang, netizen mengucapkan ‘terima kasih’ kerana membawa mereka jalan-jalan mengelilingi kawasan kampung secara online.
Menurut TikTok @megifrizzy, kejadian itu berlaku di Jalan Bukit Lembu, Sungai Lalang menghala ke simpang tiga kilang kayu Bukit Selambau, Kedah.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.