Jika anda masih ingat lagi, Perodua Kancil ‘legend’ yang sering kali kelihatan di serata Malaysia oleh orang ramai telahpun disita oleh pihak berkuasa pada akhir bulan lalu. Ramai bersimpati dengannya dan berharap pemandu tersebut akan mempunyai kenderaan yang baru.
Nampaknya ‘doa’ orang ramai telah termakbul apabila baru-baru ini, kelihatan pemandu tersebut telah memandu sebuah lagi kereta Perodua Kancil berwarna kuning.
Menurut portal WapCar, ini merupakan Perodua Kancil ketiga setelah dua buah kereta sebelum ini telahpun ditunda oleh pihak berkuasa pada tahun 2019 dan sekali lagi model kenderaan yang sama disita oleh pihak berkuasa sekitar tahun ini.
Kedua-dua buah kenderaan tersebut disita kerana tiada cukai jalan dan keadaan fizikal kereta itu yang telah ‘uzur’ dan tidak seharusnya berada di jalan raya kerana merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Tidak dapat dipastikan lokasi videoi ni dirakamkan, mungkinkah sekali lagi kita akan melihat pemandu Perodua Kancil ‘legend’ ini berjalan di serata Malaysia seperti dahulu?
Pihak berkuasa telah menyaman pemandu lalu menyita Perodua Kancil kerana tidak memiliki lesen memandu dan dokumen kenderaan yang sah.
Tiada Bumbung Dan Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Kereta Kancil Yang Lusuh Ini Disita Pihak Berkuasa
Kancil ‘Legend’ Ditemui Di Bukit Bintang, Netizen Dakwa Pemiliknya Bukan Orang Biasa
Sering Dilihat Serata Negara, Kereta Kancil Unik Ini Akhirnya Ditunda Pihak Berkuasa