Di Malaysia, banyak makanan yang sedap boleh didapati di pelusuk negeri. Setiap negeri juga mempunyai makanan istimewa tersendiri pastinya menambat hati setiap orang yang menikmatinya.
Terbaharu, sebuah video yang dikongsi oleh pengguna TikTok ini memaparkan keluarga di Perancis yang teruja mencuba pencuci mulut yang terkenal di Malaysia iaitu Sagu Gula Melaka.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
@malay_frenchie_explorer French family eating sagu gula melaka for the first time ðŸ˜ðŸ™Œ #fyp #foryou #malaysiatiktok
Menerusi video terbabit, dapat dilihat seorang wanita menghidangkan sagu dalam sebuah cawan lalu menuang susu atau santan ke dalam cawan bersama dengan gula Melaka.
Tanpa membuang masa, mereka pun menikmati manisan itu dan dapat dilihat mereka menyukainya serta memuji kesedapan manisan tersebut.
Bukan itu sahaja, ada daripada mereka yang tidak cukup menikmati manisan itu dan meminta lagi dalam bahasa Melayu. Video itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut bersetuju manisan itu memang sedap.