Jika ternampak kenderaan penguatkuasa, pasti rasa ‘kecut perut’ tiba-tiba muncul walaupun tidak ada melakukan sebarang kesalahan. Apatah lagi bagi individu yang ada melakukan kesalahan, pasti sedaya upaya mahu cuba melarikan diri.
Dalam perkongsian video Twitter @twtcctv, berlaku satu adegan kejar-mengejar antara seorang anggota penguatkuasa dipercayai Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ berjumpa dengan seorang penunggang motosikal.

Baca Juga:
- Buat Bising Waktu Tengah Malam, Lelaki Ini ‘Sound’ Geng Kereta Hingga Semua Terdiam
- Diminta Tambah Telur Rebus, Sambal Dan Bilis Pada Nasi Lemak, Pembeli Ini Kecewa Dicas Tambahan 50 Sen
- Didakwa Halang Ruang Parkir, Rider Grab Wanita Ini Dicekik Dan Dimaki Oleh Pemandu Kancil
Pada awal video berkenaan anggota penguatkuasa itu ada mengekori dan memberhentikan penunggang motosikal berwarna kuning dipercayai untuk memeriksa lesen memandu.
Power siot budak ni. Polis pun kalah 😮😮 pic.twitter.com/cyGgM9u9pZ
— twt cctv (@twtcctv) May 23, 2023
Bagaimanapun penunggang motosikal itu memulas throttle dan melarikan diri daripada anggota berkenaan. Dia melarikan diri secara melawan arah, menyelit di antara kenderaan di hadapan deretan kedai dan masuk semula ke jalan besar.
Anggota berkenaan pada awalnya nampak ‘tercicir’ di belakang, bagaimanapun selepas beliau masuk semula ke jalan besar, dalam beberapa saat sahaja anggota itu berada di sebelah penunggang motosikal terbabit.
Beliau menghimpit budak lelaki itu ke lorong kanan sehingga memberhentikan motosikalnya. Kemudian budak lelaki itu melarikan diri meninggalkan motosikal.
Netizen rasa terhibur melihat budak lelaki itu, dia merasakan dapat melarikan diri, namun tindakannya memakan diri.
Hahahah dari kena saman takda lesen dah jadi kes lain https://t.co/FgmUvmK03t
— Harith (@Hariiith_) May 24, 2023
Bodoh lesen punya pasal sangguh taruh nyawa. Dari kena saman je tak pasal kena tangkap nanti. Bangang tentu tentu no plat motor polis dapat. https://t.co/V4kRQhuMqK
— Kelon Mas (@dzaqreen) May 24, 2023
https://twitter.com/AyieZach/status/1661208534946811905?s=20
Orang ramai juga tidak menolak kemungkinan budak lelaki itu membawa barang terlarang sehingga sanggup membahayakan keselamatan diri sendiri untuk melarikan diri.
Pada akhir video berkenaan, satu laporan telah dibuat berhubung insiden yang berlaku itu. Gambar-gambar aksi kejadian turut dikepil bersama sebagai bahan bukti.