Langkah kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus bermula 1 Januari lalu telah memberi kesan kepada pengguna di Malaysia yang membeli barangan bernilai rendah (LVG) apabila kebanyakan peniaga mula menaikkan harga.

Menurut Sinar Harian, barangan yang dijual di platform seperti Shopee dan Lazada sudah mula naik harga.

Baca Juga:

Laporan itu membuat perbandingan di mana sarung tangan yang dibeli dari China dijual pada harga RM96.80 berbanding RM88 sebelum ini.

Manakala alat pemasangan simen batu bata dari Indonesia pula naik RM4.09, apabila dijual pada harga RM39.59 berbanding RM35.50 sebelum ini.

Bagi Lim Sian See, penganalisis politik dan sosial, beliau melihat Cukai Barang Nilai Rendah (LVGT) mempunyai kelemahan kerana sebarang kenaikan harga barang atau jumlah nilai cukai yang dikenakan tidak diberitahu secara jelas.

Katanya, dengan sistem cukai baharu ini, penjual sebenarnya boleh menaikkan harga barang asal tanpa memberitahu pengguna.

Untuk rekod, Malaysia mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian mulai 1 Januari 2024.

Pelan untuk memperkenalkan cukai ini sebenarnya sudah dibuat lebih awal iaitu pada 1 April 2023, di bawah Belanjawan 2022, tetapi telah ditangguhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Mac tahun lalu.

Sumber