Susulan pendedahan berhubung individu-individu terkenal yang terdiri daripada influencerfounder produk kosmetik terbabit dadah, pihak Polis Kelantan mengesahkan sudah menerima maklumat mengenai mereka.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, bagaimanapun berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan, lapor Harian Metro.

Baca Juga:

Ini kerana beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tanpa fakta yang kukuh. Serta pendedahan hanya akan dibuat selepas kes ini disahkan dan bukti mencukupi dikumpulkan.

“Dalam video saya yang lalu di akaun TikTok saya, saya sudah memberi amaran awal kepada golongan ini supaya tidak terbabit dalam aktiviti berkaitan dadah, kerana pihak polis sedang memantau mereka dengan rapat.

“Saya juga menyatakan polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan mereka yang terbabit dalam aktiviti sedemikian.

“Ini peringatan kepada mereka yang mungkin terbabit, kerana kami sudah menerima maklumat yang menunjukkan ada kaitan (pempengaruh dan pengasas kosmetik dengan aktiviti berkaitan dadah),” katanya.

Bagaimanapun katanya lagi,tidak semua pempengaruh atau pengasas kosmetik di Kelantan terbabit dalam aktiviti dadah.

Justeru, katanya golongan berkenaan yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti haram tidak perlu risau, sebaliknya amaran diberikan kepada yang terbabit supaya berwaspada, petik laporan itu lagi.

Sumber