Sejak semalam, menjadi buah mulut netizen apabila seorang peserta remaja bernama Ika dalam program All Together Now Malaysia (ATNM) dikatakan bersikap biadab dan tidak menghormati para juri dengan memberikan jawapan sarkastik.

Susulan itu, pengguna TikTok @syafinazselamat.fans telah berkongsi sebuah suntingan video yang memaparkan tangkap layar Instastory peserta tersebut memberi respon terhadap apa yang berlaku.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@syafinazselamat.fans/video/7178686995160435994?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Menerusi tangkap layar Instastory terbabit, Ika mengatakan bahawa biarlah hanya orang terdekat tahu perkara sebenar disebalik apa yang berlaku ketika program berlansung.

“Biar ahli keluarga dan kawan-kawan yang tahu dah cukup. Saya tak perlu memberi penjelasan sebab orang tak kisah pun mengenai apa yang salah atau benar. Dan, saya tak nak membazir masa berbuat sedemikian,” ujar Ika.

Justeru itu, dia turut mengakui kesilapannya dan hanya pihak tertentu yang tahu apa sebenarnya berlaku di belakang pentas. Malah, dia mengatakan dan tahu bahawa pihak media hanya mahukan gosip dan rating semata-mata.

Terdahulu, Datuk Syafinaz Selamat telah memberikan nasihat kepada Ika ketika program tersebut berlansung agar ‘attitude’ Ika juga perlu cantik seiring dengan wajah serta bakat.