Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim menyatakan setakat ini tiada indikasi harimau di lokasi terbabit.
Memetik Harian Metro, operasi pemantauan sudah masuk hari kelima sejak 9 Oktober lalu.
Baca Juga:
- Perhilitan Buat Penjelasan Jadikan Anak Anjing Sebagai Umpan Harimau Kumbang

- Perhilitan Sahkan Bukan Ular ‘Anakonda’, Pekerja Pembinaan Mohon Maaf Video Dirakamnya Cetus Kegusaran Ramai

- Perhilitan Jelaskan Kejadian Gajah Masuk Sekolah Bukan Kali Pertama Berlaku

“Pasukan meneruskan rondaan darat di sekitar Pangsapuri Sri Baiduri, Ukay Perdana, semakan jejak serta pemantauan udara menggunakan dron di kawasan terbabit.
“Setakat ini, pemantauan dilakukan banyak mengesahkan kewujudan jejak babi hutan dan anjing, namun tiada indikasi harimau,” katanya.
Ada lima buah perangkap kamera beroperasi untuk pengesahan kewujudan haiwan liar tersebut; tiga dipasang 10 Oktober, dua dipasang 12 Oktober.
“‘Kehadiran’ harimau di lokasi terbabit belum disahkan. Setakat ini, semakan rakaman dan rondaan mendapati tiada imej atau tanda fizikal yang mengesahkannya.
“Tanda yang ditemui adalah tapak babi hutan serta anjing dan satu kesan cakar pada pokok direkodkan awal tetapi tiada bukti sokongan lain (tapak atau najis) yang mengaitkannya dengan harimau,” katanya.
Ukay Perdana bukan habitat harimau
Tambah beliau, Ukay Perdana bukan kawasan keliaran utama Harimau Malaya.
Namun tempat itu bersempadan kawasan berbukit dan hutan membolehkan ia menjadi laluan pergerakan hidupan liar dari arah Hulu Langat atau lokasi hutan sekitarnya.
“Justeru itu, pemantauan berterusan dan semakan perangkap kamera akan diteruskan sepanjang bulan ini,” katanya.