Ayat ‘Malaysia bumi bertuah’ adalah suatu perkara yang tidak boleh dinafikan lagi. Jika sebelum ini Malaysia dipilih sebagai salah sebuah negara popular untuk ekspatriat tinggal dan bekerja di sini, kini Malaysia mendahului senarai tempat untuk bersara.

Menurut NASDAQ, GOBankingRates mendapati bersara di luar negara menjadi semakin popular, kerana banyak negara boleh menawarkan ekspatriat kos sara hidup yang lebih berpatutan, dengan semua faedah pengayaan budaya yang ditawarkan oleh tinggal di luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

GOBankingRates mendapatkan data daripada Kumpulan Rantau Pasifik-Asia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada WorldPopulationReview.

Data kos sara hidup pula diambil daripada Numbeo, dan Indeks Keamanan Global daripada Laporan Indeks Keamanan Global Institut Ekonomi dan Keamanan 2022. Negara-negara perlu mempunyai indeks keamanan global di bawah 2.0 untuk layak disenaraikan.

Daripada 10 negara yang disenarikan, Malaysia mengungguli tempat pertama dengan indeks keamanan global 1.471 dan purata kos sara hidup bulanan USD1,066 (RM4,824) sahaja.

“Malaysia menduduki tempat pertama dengan indeks kos sara hidup 22.9, dan KDNK USD481.9 trilion. Dengan purata perbelanjaan bulanan lebih USD1,000, ia adalah tempat yang sangat baik untuk dipertimbangkan oleh pesara,” kata NASDAQ.

Manakala sembilan lagi negara yang disenaraikan adalah Kuwait dengan indeks kos sara hidup 37.4, Mongolia (20.2), Vietnam (24), Indonesia (20.2), Jordan (28.6), Cambodia (29.8), Oman (32.5), Cyprus (42.2) dan Nepal (14.7).

Kesemua data yang GOBankingRates kumpulkan adalah terkini setakat 19 Jun 2023.