Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini, menetapkan 7 Oktober depan sebagai sebutan semula kes permohonan cerai pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura.

Memetik Buletin TV3, peguam yang mewakili Fattah, Zulkifli Yong Azmi memaklumkan kedua-dua mereka akan melakukan perbincangan di luar mahkamah seperti yang dipersetujui Fattah.

Baca Juga:

Perbincangan itu tidak melibatkan mana-mana Jawatankuasa Pendamai (JKP) Mahkamah Syariah.

Menurut peguamnya, Fattah juga dilaporkan tidak bersetuju dan belum bersedia untuk bercerai.

Sementara itu, Peguam syarie yang mewakili Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan menafikan curang menjadi punca anak guamnya memfailkan perceraian pasangan tersebut, petik Harian Metro.

Menurutnya, perceraian itu berpunca kerana tiada persefahaman antara mereka.

“Selepas permohonan cerai dibuat Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya antara mereka tiada persefahaman,” katanya.

Fakhrul berkata, isu curang yang digembar-gembur pada media sosial tidak pernah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini.

“Semuanya berpunca daripada individu yang membuat kenyataan di media sosial terhadap perkara yang kami tak pernah cakap.

“Kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak,” katanya.