Sudah disediakan fasiliti awam khusus kegunaan orang kelainan upaya (OKU) bagi memudahkan aktiviti seharian. Tetapi masih ada segelintir individu yang sanggup menyalah gunakan fasiliti tersebut demi kepentingan sendiri.
Tular sebuah video di platform X yang memperlihatkan tindakan seorang pemandu teksi yang mengambil hak orang kelainan upaya di samping melakukan khianat terhadap kereta orang lain.
Baca Juga:
- Polis Tidak Kompromi, Anggota Salah Guna Parkir OKU Tetap Disaman
- Berang Kereta Dikunci Dan Didenda, Lelaki Ini Dakwa Alami Kecemasan Punca Parkir Tempat OKU
- Selamba Parkir Pada Laluan OKU, Sikap Pemandu Myvi Dengan Stiker P Ini Undang Kemarahan Netizen
Dah La Rembat Parking OKU.. Die Siap Patahkan Lagi Wiper Kereta OKU Tu pic.twitter.com/YAHL6xr05L
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) September 22, 2023
Menerusi video yang dikongsikan, seorang pemandu teksi dilihat sengaja meletakkan kereta di ruangan parkir orang kelainan upaya walaupun tidak memiliki pelekat khas berdekatan sebuah pasar mini 99Speedmart.
Kebetulan terdapat kereta kancil dengan pelekat OKU berhampiran ruang parkir itu, kereta teksi terbabit pun keluar dalam keadaan merbahaya. Kemudian, pemandu teksi itu keluar dan meluru ke arah kereta OKU tersebut lalu mematahkan kedua-dua “wiper” dalam keadaan marah.
Selepas berbuat sedemikian, pemandu teksi itu beredar bersama pelanggannya dari lokasi berkenaan.
Susulan itu, sejumlah pengguna di X telah mengecam teruk terhadap tindakan pemandu teksi yang dilihat tidak bertimbang rasa dan sanggup menganiaya harta benda orang lain untuk memuaskan nafsu amarah.
Dalam pada itu, ramai yang mahu pemandu teksi tersebut dihadap ke muka pengadilan agar menjadi teladan. Diharapkan masyarakat lebih cakna untuk tidak menggunakan fasiliti OKU sewenang-wenangnya untuk kesenangan peribadi.