Persekitaran tempat kerja yang baik menjadi antara punca pekerja akan bertahan dalam satu tempoh yang lama.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @clumsycloud telah berkongsi beberapa tangkap layar perbualannya bersama pengurus tempat kerjanya apabila dia meminta cuti disebabkan jatuh sakit.

Baca Juga:

Sumber: Twitter @clumsycloud
Sumber: Twitter @clumsycloud
Sumber: Twitter @clumsycloud
Sumber: Twitter @clumsycloud

Menerusi perkongsian terbabit, pengurus itu seperti mempersoalkan wanita itu mengambil cuti sakit dan juga mahu wanita itu menggunakan cuti tahunannya jika jatuh sakit.

Perkongsian tersebut telah mengundang kemarahan orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan pengurus itu yang tiada rasa empati.

https://twitter.com/hannahwaffles_/status/1659374321482227712?s=46&t=zeQ1rl37EgRDXYkqctnwVQ

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan tidak sewajarnya pengurus terbabit bertindak sedemikian kerana wanita itu sakit dan mempunyai hak untuk cuti sakit.

Malah, ada juga netizen mengatakan perangai toksik pengurus seperti itu antara punca kedai kekurangan staf.

Perkongsian terbabit telah meraih perhatian pihak Guardian dan isu itu dibawa ke pihak pengurusan. Berdasarkan semakan terbaru, wanita ini telah menurunkan perkongsian beliau mengenai isu pengurus toksik tersebut.