Pada hujung minggu lalu, netizen dikejutkan dengan berita insiden kemalangan membabitkan sebuah GR Yaris Kansai D1 Edition di mana Pekin Ibrahim merupakan ‘pemiliknya’.

Namun dalam satu perkongsian oleh D One Motorsports Sdn Bhd di Facebook, mereka berkata Pekin Ibrahim hanyalah duta untuk membuat promosi di media sosial bagi D One Motorsports Sdn Bhd bermula Mei 2023 sehingga satu tempoh yang telah dipersetujui.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemilik GR Yaris Kansai yang sebenar adalah pengarah syarikat D One Motorsports Sdn Bhd, Asnina Binti Muhamad.

Mereka turut menambah Pekin Ibrahim hanya ‘menunjukkan minat’ untuk membeli dan tiada sebarang bayaran wang tempahan atau apa-apa deposit pembayaran diterima daripada Pekin Ibrahim. Begitu juga tiada sebarang dokumen diberikan oleh Pekin Ibrahim untuk urusan pinjaman bank bagi pembelian kereta.

Segala kos daripada proses pembelian kenderaan, servis di Kansai Service dan pembiayaan duta (Pekin) ke Jepun ditanggung oleh pihak D One Motorsports Sdn Bhd. Pihak D One Motorsports juga turut berkongsi gambar Sijil Pemilikan Kereta yang tertera nama Asnina Binti Muhamad sebagai pemilik.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan kenyataan tersebut dan berharap Pekin dapat mengeluarkan kenyataan balas tentang dakwaan ini.