Pada hujung minggu baru-baru ini scene automotif Malaysia dikejutkan dengan berita insiden kemalangan membabitkan sebuah GR Yaris Kansai D1 Edition.

Kereta itu merupakan milik pelakon dan pengarah berbakat, Pekin Ibrahim. Menerusi vlog yang dikongikan di YouTube, kereta tersebut baru sahaja sampai Malaysia kira-kira satu minggu yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video terbaharu yang dimuat naik oleh Pekin, semasa insiden itu berlaku kereta itu dipandu oleh rakannya yang dalam perjalanan pulang dari kedai makan.

Sumber Gambar: Facebook

Punca kemalangan masih tidak diketahui kerana insiden itu berlaku sekelip mata. Bagaimanapun Pekin berasa syukur kerana tiga orang rakan yang berada di dalam kereta tersebut selamat.

Difahamkan salah seorang rakannya mengalami bahu patah, manakala dua lagi masih mendapat pemeriksaan lebih lanjut.

“Benda ini aturan Allah S.W.T, mereka (rakan-rakan yang terlibat kemalangan) masih hidup sudah cukup buat saya rasa bersyukur alhamdulilah.

“Kepada semua pemandu di luar sana, sila berhati-hati di jalan raya,” ujar Pekin dalam video penjelasan yang dikongsinya.

Anda boleh dengar penjelasan penuh daripada Pekin menerusi video YouTube di bawah.

Semoga Pekin dan pasukan kembali bersemangat semula dan comeback untuk mencipta jentera-jentera dengan kerjasama tuner dari Jepun pada masa akan datang.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.