Sebut sahaja Bukit Bintang, pasti ramai yang membayangkan sebuah kawasan hotspot segi tiga emas yang meriah dengan lampu neon, pusat beli-belah mewah, dan kepelbagaian budaya.

Namun, di sebalik kemeriahan lubuk pelancongan ini, ada satu isu ‘sakit mata’ yang nampaknya semakin kronik sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pelancong luar yang sedang menerokai Bukit Bintang di waktu malam.

Sedang berjalan di sekitar Starhill, dia telah disapa oleh sekumpulan kanak-kanak kecil dan meminta dia untuk belanja aiskrim.

Sebelum dia bergerak ke kedai serbaneka terdekat, dia sempat menyoal dimanakah ibu bapa mereka dan masing-masing hanya mengiyakan sahaja bila tentang permintaan untuk mendapatkan aiskrim.

Sebaik tiba ke kedai 7-11, dia tidak berjaya menemui aiskrim tetapi berbesar hati untuk membelikan sejumlah makanan segera untuk dinikmati oleh kanak-kanak itu.

Namun, satu tindakan biadap yang dilakukan oleh seorang daripadanya apabila dia menjelir lidah seumpama mengejek lelaki itu.

@ishaqpatterson

Seriously where are their parents 😂🇲🇾 #ishaqpatterson #malaysia #kualalumpur #solotravel

♬ original sound – Ishaqpatterson –

Menerusi teks di video tersebut, dia mengandaikan jika kalau kanak-kanak yang terbiar itu adalah warga tempatan.

Bagaimanapun, seusai video itu tular di media sosialm warganet tempatan langsung menghujani ruangan komentar dengan mendedahkan bahawa mereka bukanlah dari kalangaan rakyat Malaysia.

Tetapi majoritinya datang dari pelarian Rohingya, hal ini kerana dialek, rupa dan cara pemakaian boleh dikesan tidak seperti warga tempatan sama sekali.

“Ini bukan warga Malaysia. Tolong jangan beri duit,” ujar seorang netizen.

“Mereka bukan warga Malaysia, mereka sangat biadap,” tegas seorang lagi.

“Hi, sebagai pencerahan, mereka bukan dari Malaysia. Ibu bapa rakyat Malaysia tidak membenarkan anak mereka berperangai sedemikian. Kanak-kanak Malaysia diajar untuk melayan orang lain dengan baik. Bukan sebegitu,” terang seorang lagi netizen.

Alangkah bengang warga tempatan apabila melihat warga asing yang telah disalah sangka sebagai warga tempatan oleh pelancong yang baru datang ke sini.

Merasa nama Malaysia tercalar begitu sahaja, ramai berharap agar pihak berkuasa mengambil langkah tegas dalam membasmi kegiatan mengemis yang khususnya datang dari warga asing yang memenuhi di tengah ibu kota.

 

Sumber