Sejak pelakon Fatin Afeefa bersama suaminya, Aliff Awang melangsungkan perkahwinan 30 Disember lalu, kisah pasangan ini sering menjadi sebutan netizen. Memiliki rupa paras yang handsome dan kaya antara yang membuatkan Fatin Afeefa menerima lamaran Aliff Awang menurut perkongsiannya.
Terbaharu, menerusi TikTok Live yang dibuat Fatin Afeefa menjelang hari kelima perkahwinan, Aliff Awang turut menunjukkan rasa kasih dan romantik beliau sebagai suami.
Baca Juga:
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
Walau bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah kenyataan yang dikeluarkan suami Fatin Afeefa ini yang turut mendedahkan pendapatan beliau trading forex iaitu $17,500 (RM75,915) seminggu.
“Dah la single tak ada duit pula tu”, ulas Aliff Awang dengan penuh bangga.
https://www.tiktok.com/@yoursbabe_11/video/7185172995512552730?_r=1&_t=8YxgaUQGJ9d&is_from_webapp=v1
Kenyataan yang disebutkan dengan nada ‘gurau’ tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen. Malah, terdapat netizen yang terasa dengan kenyataan yang dibuat.
Sementara itu, terdapat juga netizen yang turut sedia menyimpan video yang tular ini untuk ‘digunakan’ pada masa hadapan selepas didakwa meninggi dara dengan kenyataan yang dibuat.