Hanya sekitar dua minggu sahaja lagi untuk umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfiri. Seperti biasa, jenama terkemuka di Malaysia akan mula mempertontonkan iklan raya mereka yang akan menambahkan lagi mood raya rakyat Malaysia.
Antara iklan raya yang kini sedang mendapat tempat di hati netizen adalah daripada Julie’s Biscuits. Julie’s setiap tahun hadir dengan iklan raya unik dan tahun ini, ia lebih diingati.
Baca Juga:
- Ceria Dan Menarik, Ini Kompilasi Iklan Raya Terbaik 2022
- Iklan ‘Remake’ Istanbul Aku Datang, Netizen Imbau Babak Ikonik Beto Kusyairy Dan Lisa Surihani
- Tawarkan Bonus Yang Tinggi Dan Baju Raya, Netizen Berminat Mahu Kerja Dengan Khairul Aming
Ia mengisahkan Farah yang pulang berhari raya bersama keluarga dan ibunya. Ketika perjalanan, Farah bertanya mengapa setiap tahun akan ada sahaja ‘masalah’ untuk mereka pulang ke kampung.
Rata-rata netizen memuji ikan raya Julie’s Biscuits ini kerana mengangkat tema pengorbanan ibu tunggal yang menjadi ketua keluarga apabila tiada figura ayah dalam keluarga.
Ada yang memberi komen ia mirip filem terbaik Oscar tahun ini, Everything Everywhere All at Once kerana idea fresh iklan ini yang lain daripada yang lain. Tidak kurang juga ada yang berkata menonton iklan ini seperti menonton filem James Bond lama kerana ada secret organization yang ‘menghilangkan bulan’.
Hahahahaha vibes mcm everything everywhere all at once
— Ben 🇲🇾 (@benjazli) April 9, 2023
https://twitter.com/fiziedan/status/1644556303052992513
Best iklan raya julie's tahun ni 😂 dalam kelakar ada banyak sedihnya ðŸ˜https://t.co/UkZ0l8gAUN
— mecchi (@mecchiboo) April 8, 2023
Masih terlalu awal untuk kata iklan ini sebagai iklan terbaik untuk tahun ini tetapi, Kisah Raya P.E.R.I.T ini antara iklan raya yang pastinya paling diingati untuk tahun ini.