Lazimnya apabila saingan memasuki musim baharu, kelab bola sepak di seluruh dunia akan memperkenalkan jersi yang akan dipakai bagi menghadapi musim baharu dan sebuah kelab di Austria ini mengambil pendekatan yang sedikit berbeza dengan jersi mereka.
Kelab yang dimaksudkan ialah TSV Hartberg yang beraksi di divisyen utama liga bola sepak Austria dimana jersi baru yang akan dipakai oleh kelab itu bagi saingan musim ini meraih perhatian di media sosial.
Baca Juga:
- Kobe Chong Sudah Sampai Malaysia, Segera Sarung Jersi Harimau Malaya?
- Cheetah Giat Usaha Perangi Keluaran Jersi Tiruan
- Belum Ada Penaja, Kedah Tangguh Pelancaran Jersi Musim Ini
Austrian club TSV Hartberg new kits pic.twitter.com/cYUifNFiBV
— Total Football (@TotalFootbol) July 21, 2024
Hartberg memperkenalkan jersi home dan away mereka dan apa yang menjadi perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia ialah jumlah penaja yang terdapat di jersi tersebut.
Terdapat 18 penaja yang diletakkan di baju manakala empat penaja diletakkan di seluar pada dua jersi berkenaan. Pada bahagian stoking turut diletakkan satu penaja yang menjadikan jersi tersebut diwarnai sebanyak 23 penaja.
Yang membuat ramai mentertawakan Hartberg ialah jersi mereka dihasilkan oleh salah satu pengeluar barangan sukan terkenal dari Jerman iaitu Adidas akan tetapi kelab itu turut ditaja oleh satu lagi pengeluar barangan sukan dari United Kingdom iaitu Admiral.
Jersi yang dipenuhi dengan penaja bukanlah satu perkara baru dalam dunia bola sepak dimana kita sering melihat perkara ini diamalkan oleh kelab di Indonesia.
Pada musim 2019, jersi yang dipakai oleh salah satu kelab Liga 1 Indonesia iaitu Persib Bandung menunjukkan sebanyak 13 penaja yang diletakkan di baju mereka.
Meskipun dijadikan sebagai bahan jenaka, namun lambakan penaja ini menunjukkan kelab tersebut menjalankan tugas dengan baik dalam mencari dana sekaligus mengukuhkan sumber kewangan pasukan yang akan menghadapi satu liga yang kompetitif.