Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming sekali lagi menjadi bualan pengguna media sosial apabila pengasas Sambal Nyet itu turun padang bantu mangsa banjir di Kelantan.
Menerusi perkongsian di TikTok, Khairul Aming dan pasukannya menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk makanan, pakaian, dan barangan keperluan asas bagi meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.
Baca Juga:
- Dituduh Jual Makanan Tak Halal Sebelum Ini, Khairul Aming Tampil Berikan Penjelasan
- Sambal, Dendeng Nyet Khairul Aming Dapat Pengiktirafan Sijil Halal
- ‘Saya Tak Ajar Mereka Jadi Toksik’ – Khairul Aming Kongsi Rahsia Tiada Pekerjanya ‘Resign’
“Semalam dalam masa 2 jam kita berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir kat Pasir Mas. Terima kasih kepada semua volunteers yang datang derma barang keperluan. Kita supply ke dua buah sekolah. Ada nasi, pakaian, pad, ubat, diapers, makanan kucing, selimut & macam-macam lagi.
“Hari ni kita akan go bigger. Kilang KA akan bawa beribu dendeng yang dah retort, and kita juga akan sediakan nasi dan barang keperluan penuh satu lori besar untuk hari ini. Volunteers jemput datang untuk sumbang tenaga dan barang keperluan,” katanya.
Semalam dalam masa 2 jam kita berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir kat Pasir Mas. Terima kasih kepada semua volunteers yang datang derma barang keperluan. Kita supply ke dua buah sekolah. Ada nasi, pakaian, pad, ubat, diapers, makanan kucing, selimut & macam-macam… pic.twitter.com/WhFtmfWZbI
— Khairulaming (@khairulaming) November 30, 2024
Selain itu, beliau juga berjaya mengumpulkan 12 kenderaan pacuan empat roda (4×4) beserta muatan untuk misi bantuan banjir di Pasir Mas, Kelantan.
Usaha murni Khairul Aming ini mendapat pujian ramai dan menjadi inspirasi kepada masyarakat. Rata-rata netizen memuji usaha murninya.
“Aku selalu cakap kat anak murid. Satu satunya influencer yang kamu boleh ikut dalam dunia ni ialah Khairul Aming. Kena belajo tinggi.Kene jadi manusia berotak,” kata seorang pengguna X bernama Saladion.
KA ni non stop ya bekerja.
Landed – turun padang – fikir solusi.
Real influencer giving best example ya.Tinggi dia letak standard untuk semua entrepreneurs and influencers in being great influencers while spreading positive vibes. https://t.co/2CI8tQiWMG
— MiaHan💎 (@miaa_hann) November 30, 2024
Alhamdulillah semua bersatu untuk bantuan mangsa banjir, tahniah rakyat Malaysia. siap ada makanan kucing, pampers baby… semoga dipermudahkan team KA dan mangsa banjir https://t.co/gcZxiWGWB0
— 🇲🇾 (@localrkyt) November 30, 2024
Pada masa sama, pempengaruh berkenaan turut menyeru sesiapa yang mahu menyumbangkan barangan bantuan kepada mangsa banjir boleh meletakkannya di kedai Nasi Berlauk Sudin Kubis di Sri Cemerlang, Kota Bharu.
Namun, beliau tidak membuka tabung derma kerana ia perlukan permit selain bimbang terlepas pandang amanah duit orang.