Baru-baru ini, Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin telah mencuri perhatian orang ramai sehingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen mengenai pembedahan hidungnya yang dibuat di Korea Selatan.

Bahkan, netizen mendakwa perbuatan yang dibuat oleh Lana tersebut adalah haram dalam sisi agama dan dilarang dalam Islam.

Baca Juga:

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh Youtube Selebriti Malaysia, Lana berkata wajahnya tidak bengkak dan tiada komplikasi malah sempat bersiar-siar di sekitar Seoul selepas membuat pembedahan tersebut.

Manakala memetik dari TikTok ohbulanofficial, pendakwah selebriti kontroversi, Da’i Syed menyatakan bahawa pembedahan boleh dibuat dengan sebab atas masalah kesihatan atau mengaibkan kerana perbuatan itu sama sekali bukan bermaksud mengubah ciptaan asal Allah SWT.

“Dalam hukum asal, kalau kita mengubah sesuatu yang dicipta asal oleh Allah, contoh dah memang cantik tapi kita ubah kononnya nak cantikkan lagi, jadinya haram. Sebab ia dah kira mengubah ciptaan Allah.

“Tetapi kalau misalnya kening kita sebelah macam penuh (lebat) dan sebelah lagi tidak. Maka dibolehkan untuk cukur sekiranya ia mengaibkan.” kata Da’i Syed ketika ditemuduga OHBULAN!.

Lana turut menyatakan walaupun menyemak hukum berhubung pembedahan hidung akibat kecelakaan, segelintir netizen yang menjengkelkan terus mencari kesalahan dan mengecamnya tanpa henti.

Dalam pada itu, selebriti kontroversi ini juga mengaku pernah membuat tiga kali pembedahan ‘rhinoplasty’ untuk memperbetulkan hidungnya yang patah akibat kecelakaan semasa di bangku sekolah.