Sebuah restoran masakan Thai di pusat beli belah MyTown mengambil keputusan dengan menurunkan harga makanan di restoran tersebut selpas mendakwa majikan mereka melarikan diri (difahamkan kerana hutang) dan meninggalkan para pekerja terkontang-kanting.

https://www.tiktok.com/@bangkokwasabe/video/7255709639281528066

Baca Juga:

Menurut pengurus akaun Bangkok Wasabe & So Thai di TikTok, video yang dimuat naik merupakan ikhtiar terakhir mereka untuk mendapatkan gaji mereka yang tertunggak. Dalam video tersebut juga turut dirakam bilangan pekerja yang masih tinggal dan bekerja di restoran itu hingga ke saat akhir.

Mereka juga meluahkan rasa risau sama ada dapat atau tidak tampung RM96,000 dalam masa singkat dan setiap hasil jualan akan digunakan untuk menampung gaji bulanan yang tertunggak tidak dibayar.

“Kami turunkan harga menu supaya orang datang makan untuk cover gaji yang tertunggak. Jom bantu kami dengan makan di sini ya,” terang mereka.

Disebabkan sudah terlalu banyak video ‘raih simpati’ seperti ini tular di media sosial, ada yang meragui kesahihan video ini dan berkata ia hanya sekadar marketing. Perkara tersebut kemudiannya disangkal oleh pengurus akaun Bangkok Wasabe & So Thai.

Rata-rara yang pernah makan memuji masakan di restoran tersebut namun nampaknya restoran itu tidak dapat bertahan lama.