Sejak semalam, nama Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sekali lagi menjadi bualan netizen apabila Syamsul tidak mahu menceraikan Sarah. Apa yang mengejutkan, Sarah mendakwa dirinya pernah dipukul Syamsul sehingga dia keluar rumah dahulu.
Susulan pendedahan Sarah itu, Farid Kamil telah memberikan komen di video yang dikongsikan sebuah portal tempatan berhubung kes keganasan rumah tangga yang dialami oleh Sarah.
Baca Juga:
- ‘Mama, Betul Ke Ayah Kahwin Lain?’ – Puteri Sarah Terkedu Dengar Soalan Anak
- Mahu Elak Gaduh, Syamsul Yusof Jelas Sebab ‘Block’ Puteri Sarah Di WhatsApp
- Tidak Rela Dimadu, Puteri Sarah Liyana Minta Syamsul Yusof Lepaskan Dirinya
Menerusi hantarannya, dia tahu bahawa Sarah trauma kena pukul dan mengatakan bahawa Diana iaitu isterinya juga sama masih trauma apabila pernah dipukul sebelum ini.
Farid Kamil turut mengatakan bahawa Diana telah membuat laporan diri dipukul dari tahun 2005 hingga tetapi tiada sebarang tindakan diambil seolah-olah hal tersebut diabaikan.
Tanpa menyebut sebarang nama, Farid dalam hantaran Instagram Story berkata, seseorang tak boleh memukul wanita walau dengan apa jua alasan.
Dia juga berasa pelik dengan undang-undang sedia ada yang seolah-olah tidak melindungi semua wanita. Menerusi Instastory miliknya juga, dia mengatakan seharusnya wanita dihormati bukannya menakutkan mereka.
Menjengah ke media sosial, kenyataan Farid Kamil di Instastory itu menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen dan netizen mendakwa Farid mengetahui sesuatu tentang kes Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.