Di saat kemelut Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada hangat dibincangkan setelah Nurul Shuhada mengalami kecederaan teruk selepas didakwa dipukul, timbul pula isu baharu melibatkan pakcik Hafidz Roshdi yang dikenali sebagai Adlan.

Tampil berkongsi rasa bengang di Instagram, Adlan yang berusia 50 tahun serta berpangkat pak cik kepada Hafidz Roshdi ini memaklumkan rasa tidak puas hati kepada Nurul Shuhada gara-gara menggunakan anak untuk mempromosikan bisnes.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: instagram @adlan4739

Beliau mendakwa Shuhada menggunakan kesihatan mental yang dilalui anaknya, Humairah serta pada masa yang sama meletakkan pautan untuk peniagaannya.

Menurut Adlan, pihak keluarga sememangnya tidak menyokong kesalahan yang dilakukan mana-mana individu yang berkongsi perkara yang tidak benar di media sosial.

“Pihak keluarga Hafidz mempunyai cara mereka sendiri di dalam urusan tersebut dan ianya tidak perlu menjadi urusan rasmi di dalam media sosial. Privasi. Period.” ulas Adlan.

Bukan itu sahaja, Adlan turut menyindir Nurul Shuhada dengan mengatakan cita-cita beliau untuk menjadi influencer telahpun tercapai.

Sumber: Instagram @hafidz.roshdi

Apa yang lebih mengejutkan, Adlan turut mengatakan tindakan yang dilakukan Nurul Shuhada memberi kesan kepada proses pemulihan kesihatan Hafidz Roshdi. Beliau juga turut memberi amaran kepada Shuhada agar tidak merumitkan keadaan.

Sumber