Bergelar usahawan kosmetik serta menjadi buah mulut gara-gara meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan Dato Seri Vida, Iqbal baru-baru ini kembali dengan kontroversi terbaru apabila memuat naik video beliau memakai telekung beserta pakaian dalam wanita.

Menurut Iqbal, video tersebuut dirakam oleh ahli keluarga sewaktu mereka sedang bersama dan bertujuan untuk gurauan semata-mata.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@fanss.iqbaldsv

hahahah🤣🤣perangai yg kuban² yang tau je tau perangai iba mcm mana punya tau la dia ni masuk air jugak kekadang🥰🥰❤❤❤❤❤ #funvideo #justforfunonly #yangkomenkatinstamediatudiripunsamajedulu #ahmadiqbalzulkefli

♬ original sound – smile but sayang💔 – smile but sayang💔

Tambah Iqbal, perkongsian yang dibuat sekadar untuk memaklumkan beliau bukanlah seorang yang serius. Iqbal juga turut menafikan dakwaan bahaya beliau mempersendakan kaum wanita dengan pakaian yang dipakai.

Menerima kecaman yang hebat daripada para netizen, Iqbal dilihat memilih untuk memadam video tersebut di media sosial serta memohon maaf kepada orang ramai.

Iqbal juga turut memaklumkan beliau sudah penat menjadi serius di media sosial sebaliknya sekadar mahu menjadi diri beliau sendiri di media sosial.