Isteri penyanyi rap terkenal, Yonnyboii iaitu Nik Nazira menjadi bualan hangat baru-baru ini apabila didakwa mengalami kejutan budaya kerana penampilannya yang semakin seksi selepas perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, Nik Nazira memaklumkan lebih selesa berpakaian seperti sekarang walaupun sering dikecam oleh netizen di media sosial. Menjadi diri sendiri adalah lebih baik katanya.
Baca Juga:
- ‘Waktu Kolej Lagi Pakaian Saya Memang Begini’ – Isteri Yonnyboii Nafi Berubah Selepas Kahwin
- ‘Jangan Kacau Saya’ – Syafinaz Selamat Beri Respon Selepas Ditegur Netizen Berpakaian Seksi
- Berpenampilan Seksi, Netizen Bandingkan Pakaian DOLLA Dengan Penyanyi Korea Selatan Yang Lebih Sopan
Menurut laporan, suaminya, Yonnyboii tidak kisah dengan penampilan isterinya itu dan menganggap isterinya berpakaian sebegitu untuk dirinya sendiri. Malah, Yonny turut mengatakan suatu hari kelak pasti isterinya akan berubah menjadi lebih baik.
Baginya, netizen tidak perlu menjaga tepi kain isterinya dan dia tahu menjaga isterinya dengan baik. Tambahnya, orang hanya nampak apa yang mereka kongsikan di media sosial sahaja tetapi orang tidak tahu mereka hanya mengambil gambar di dalam rumah dan tidak pergi kemana-mana.
Dalam pada itu, Yonny rasa bersyukur masih relevan kerana dia menganggap orang ramai yang menegur itu mengambil berat tentangnya dan isteri.
Sementara itu, Nik Nazira juga menafikan kenyataan dia mengalami kejutan budaya, malah dia mengatakan dia memang sudah berpakaian seperti itu sejak zaman kolej lagi sebelum berkahwin dengan Yonnyboii.
Sebelum ini Nik Nazira pernah meminta maaf sekiranya pakaiannya itu keterlaluan dan terlalu terdedah untuk dilihat sehingga boleh ‘menyakitkan’ mata netizen.