Walaupun jarang muncul di kaca televisyen, sebut saja nama pelakon Daiyan Trisha sememangnya menarik perhatian orang ramai kerana penampilannya yang cantik dan ‘fashionable’.
Ramai wanita di Malaysia menganggap Daiyan sebagai idola atau ikon mereka, bukan sahaja kerana kecantikannya tetapi juga kepandaiannya. Bak kata orang, ‘beauty with brain’.
Baca Juga:
- Dipersenda Minta Sunting Gambar Ala Parasite Secara Percuma, Daiyan Trisha Tampil Beri Penjelasan
- ‘Jika Baby Shima Dan Ifa Raziah Ditangkap Kerana Berpakaian Tidak Sopan, Kami Pun Akan Senyap’ – Da’i Fuad
- Isu Sakan Menari Dan Berpakaian Ketat, Mia Sara Lari Dari Disoal Media
Bagaimanapun, baru-baru ini nama Daiyan menjadi bualan ramai apabila dia berkongsi foto di Instagram miliknya yang dikatakan mencolok mata netizen dengan pakaiannya yang ‘sexy’.
Menerusi foto yang dimuat naik itu, pelakon yang berusia 28 tahun tersebut memakai pakaian berwarna krim yang jelas menampakkan susuk tubuhnya sehingga ada netizen yang mengecamnya.
Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mempersoalkan matlamat Daiyan ke tanah suci Mekah menunaikan umrah sekiranya masih berpakaian sebegitu. Sementara itu, kebanyakkan netizen turut memuji kecantikkannya yang tidak pernah jemu untuk dilihat setiap hari.
Terdahulu, Daiyan turut menarik perhatian orang ramai kerana didakwa melakukan pembedahan hidung untuk menjadikannya kelihatan lebih mancung.