Bekerja di dalam dunia khidmat pelanggan memberikan satu cabaran yang berbeza dan lebih rumit kerana perlu melayan pelbagai kerenah manusia pada saban hari.
Setiap pekerjaan pasti ada sisi gelap yang hanya diketahui oleh individu yang sudah berada di dalamnya.
Seperti di platform Threads, seorang pengguna yang bekerja di sebuah butik pakaian wanita meluahkan kekecewaannya menghadapi situasi di mana pelanggannya membuang hajat di dalam bilik persalinan secara senyap.

“Haaa ni lah yang mencabar kesabaran sgt2. Customer kencing dlm fitting room. Kau mop 3 kali pun masih ada bau,” luahnya.
Katanya lagi, seusai selesai melakukan pembersihan yang cukup mencabar itu, dia langsung membuang mop dan baldi kerana terlalu geram dengan insiden terbabit.
Luahan pengguna itu langsung meraih perhatian ramai lebih-lebih yang bekerja di dalam aliran retail gaya hidup yang mana berkongsi pernah mengalami perkara yang sama dan mengakui sangat geram akan tindakan tidak senonoh di dalam premis butik mereka.
Seorang pengguna lain berkongsi satu kisah yang mana seorang pelanggannya kencing di baju jualan di dalam bilik persalinan. Perkara ini berjaya disedari selepas individu itu gagal memulangkan jumlah baju yang dicubanya.
Setelah diperiksa kelihatan baju itu dibiarkan di atas lantai yang sudah dibasahi air kencingnya.
“Aku pernah kena siak, pelanggan try baju, pelanggan kencing atas baju tu kat fitting room, pastu kantoi dia pulangkan baju tak cukup tgok baju kat lantai bau hancing, datang supervisor aku, suruh dia pakai baju tu paksa selagi tak pakai tak boleh keluar kedai, puas hati tengok muka sibat tu btw sibat tu perempuan beb,” kongsinya dengan nada puas hati.

Tidak sekadar itu, yang lebih menggelikan sehinggakan ada yang sanggup membuang air besar di dalam bilik persalinan dan kes terpencilnya ada yang bersepah di atas lantai.
“Siapa pernah keje kedai pakaian macam ni tau lah macam mana perangai customer. Bukan kencing je, berak pun ada. Siap ada guna baju lap bontot. Dah macam babiii perangaii,” komen seorang lagi.
Hal ini sememangnya membebankan buat para pekerja kerana perlu menambah tugasan pula untuk membersihkan kotoran yang dibuat oleh orang lain.
Ada seorang pengguna mendedahkan mereka sampai terpaksa menutup kedai buat sementara waktu dan telah mengganggu operasi dan jualan secara tidak langsung pada hari kejadian itu.
Ini belum lagi yang bercerita bagaimana segelintir pelanggan lelaki memuaskan diri sendiri di dalam bilik persalinan tanpa menghiraukan pelanggan lain selepas itu.